Siakap Keli
Gambar: Twitter

Diarahkan Guru Bersihkan Muntah Sendiri, Murid Menangis Ditenangkan Rakan-Rakan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tanggungjawab merupakan aspek terpenting yang perlu ada dalam setiap diri manusia. Perkara ini adalah kerana tanggungjawab yang dilaksanakan akan dapat mencerminkan keperibadian seseorang.

Tanggungjawab bukan sahaja perlu disematkan dalam diri orang dewasa sahaja, namun tetap juga perlu ada di dalam diri kanak-kanak. Begitulah situasi yang boleh digambarkan menerusi satu perkongsian di laman Twitter.

Pengguna laman sosial tersebut dengan nama -Warnaa ada memuat naik beberapa foto seorang kanak-kanak yang sedang mencuci lantai di hadapan kelas.

Dalam perkongsian itu, murid perempuan tersebut terlebih dahulu telah muntah di lantai tersebut. Gurunya telah mengarahkan dia supaya membersihkan lantai yang dipenuhi dengan muntahnya.

Walaupun dalam keadaan menangis, murid perempuan itu tetap melaksanakan tanggungjawabnya bagi membersihkan laluan tersebut.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, murid perempuan yang menangis itu telahpun ditenangi oleh rakan-rakan sekelasnya. Gambar yang memaparkan rakan-rakannya mendampingi dirinya telah menyentuh hati rata-rata netizen.

 

Sememangnya, tanggungjawab itu penting tambahan lagi apabila telah melakukan sesuatu perkara yang boleh menganggu orang. Perbuatan murid perempuan tersebut yang tetap membersihkan muntahnya dalam keadaan menangis sememang satu peribadi yang sangat baik.

Walaupun masih bersekolah, tanggungjawab di dalam dirinya harus diberikan pujian.

Sumber:  Twitter @iwwarna

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa