Siakap Keli

Korea Utara Didakwa Tembak Mati Pesakit Disyaki Covid-19 Kerana Lari Dari Kuarantin, Ancam Keselamatan Awam

Kerajaan Korea Utara didakwa telah menembak mati seorang pegawai kerajaan yang disyaki dijangkiti Covid-19  kerana melanggar perintah kuarantin dan mengunjungi sebuah kolam mandi awam.

Menurut Metro UK, pegawai berkenaan ditahan dan dijatuhi hukuman serta merta kerana dituduh mengancam keselamatan awam.

Mangsa yang terlibat dalam soal perdagangan negara dilaporkan baru pulang dari China dalam lawatan bersama dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Selain mengancam keselamatan awam, mangsa juga dituduh mengingkari perintah pemimpin tertinggi yang berikrar untuk menguatkuasakan peraturan ketenteraan terhadap sesiapa yang meninggalkan pusat kuarantin tanpa kebenaran.

Seorang lagi pegawai kerajaan juga didakwa dijatuhi hukuman mati kerana cuba menyembunyikan sejarah perjalanannya ke China sebelum ini.

Korea Utara setakat ini tidak melaporkan sebarang kes jangkitan, bagaimanapun telah mengambil tindakan drastik dari awal lagi.

Kerajaan itu dilapor telah memerintahkan mana-mana rakyatnya yang pernah mengunjugi China ataupun melakukan kontak dengan rakyat China supaya dikuarantin tanpa sebarang syarat.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kesihatan Dunia sebelum ini meragui kenyataan yang dibuat Korea Utara yang mendakwa tiada kesCovid-19 di negaranya.

Manakala media di Korea Selatan pula mendakwa terdapat banyak kes Covid-19 di negara jiran itu termasuklah kemungkinan kematian berlaku.

Sumber: Metro UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.