Siakap Keli

(Video) “Salute, Teranu Ori Boh”, Hariff Salleh ”Speaking English” Slang Terengganu Dipuji Netizen

Mohamed Harrif Saleh atau lebih dikenali sebagai Hariff Saleh adalah atlet berbasikal profesional Malaysia, yang kini sedang berlumba untuk Pasukan Berbasikal Terengganu.

Beliau memenangi bagi peringkat saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang ketika ini sedang berlangsung.

Terbaru, tular mengenai video berdurasi 1 minit 16 saat di laman sosial mengenai kemenangannya dalam acara tersebut. Para warganet, amat kagum serta memuji dengan kelancaran beliau fasih dalam bahasa inggeris walaupun menyelitkan sekali loghat negeri Terengganu.

Menurutnya, anak kelahiran Terengganu itu beliau meletakkan seluruh tenaganya untuk memberikan yang terbaik dalam acara tersebu. Dalam saingan Peringkat 2 dari Senawang ke Dataran Pahlawan, Bandaraya Melaka sejauh 200.6 kilometer dengan catatan masa 4 jam 53 minit 20 saat

Ia adalah permulaan baik buat saya, ia menunjukkan rakyat Malaysia juga boleh menang di LTdL,” katanya selepas perlumbaan.

“Sebelum ini, saya boleh nampak akan dapat podium tetapi bukan rezeki saya, saya pernah berkedudukan ketiga dan kedua. Dan saya ambil pengalaman itu sebaik mungkin dan ia mematangkan saya untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.” ujarnya.

Pada saingan tersebut, Harrif memecut pada 100 meter terakhir untuk mengatasi jaguh Itali, Andrea Guardini yang mendapat tempat kedua.

Podium tiga pelumba terbaik ialah Kazushige Kuboki dari pasukan kebangsaan Jepun dengan catatan masa sama.

Harrif ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sepasukan serta satu lagi pasukan profesional negara, Team Sapura Cycling yang banyak mengawal perlumbaan sehingga dia mendapat peluang melakukan pecutan di garisan penamat bagi menghasilkan kejayaan sehingga membuahkan hasil buat dirinya.

Sumber : Twitter

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul