Siakap Keli

Terkini: Manchester City Digantung 2 Tahun, Dilarang Sertai Semua Kejohanan Eropah

Penyokong Manchester City sudah boleh melupakan aksi Liga Juara-Juara Eropah untuk 2 musim seterusnya selepas badan induk bola sepak Eropah UEFA telah menggantung pasukan berpengkalan di Manchester itu menyertai semua kejohanan peringkat eropah.

UEFA bertindak sedemikian setelah City didapati bersalah melanggar secara serius peraturan perlesenan dan kewangan Fair Play UEFA. Selain digantung penyertaan, pasukan itu juga turut didenda sehingga RM 135 juta (30 juta euro).

Keputusan itu dibuat selepas selesai tempoh perbicaraan melalui mahkamah timbang tara sukan. Menurut pihak kelab, mereka kecewa tapi tidak terkejut dengan keputusan yang prejudis ini.

Kelab juga berkata akan membuat rayuan bagi keputusan tersebut secepat mungkin untuk setidak-tidaknya meringankan hukuman penggantungan itu.

Ketika ini Manchester City menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan perbezaan 22 mata dari pendahulu, Liverpool. Jika mereka menamatkan saingan liga di kelompok 4 teratas, kemungkinan slot Liga Juara-Juara Eropah milik mereka akan diserahkan kepada pasukan di kedudukan kelima liga.

City juga masih bersaing dalam pusingan 16 terakhir aksi Liga Juara-Juara musim ini dan diundi bertemu pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid pada 27 Februari 2020.

Sumber: Oh My Goal, BBC Sport

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)