Siakap Keli
Foto: Ahmad Safiuddin

(Video) Dr Juling Ong, Asal Dari Malaysia Berkhidmat Di London Datang Melawat Ainul Di Rumah

‘Buah hati’ rakyat Malaysia kini dikatakan dalam keadaan sihat sejahtera dan semakin comel. Siapa lagi kalau budak si bidadari kecil, Ainul Mardhiah.

Terbaharu dalam pekongsian laman Instagram bapanya, Ahmad Safiudin berkongsi cerita di mana seorang doktor pakar yang merawat Ainul ketika di London.

Difahamkan, Dr Juling Ong ini merupakan doktor pakar yang merawat Ainul ketika menerima rawatan di London. Beliau datang ke Malaysia untuk bercuti bersama-sama keluarga. Sambil menyelam, beliau berkunjung ke kediaman si kecil ini untuk melihat sendiri perkembangannya.

https://www.instagram.com/p/B8qKvBoFP-t/?igshid=1xn3egqru1f5r&fbclid=IwAR0xI4-O5o3RNnb3iHILPaCF36Fynszep7_5W7GtpvlevRqpeprD6TW48ss

Bukan itu sahaja, doktor ini juga menawarkan secara percuma untuk merawat mulut Ainul iaitu tempat pembedahan tempoh.

Free consultation. .

Sesampai je di rumah, terus tanya pasal Ainul and minta izin nak check dalam mulut ainul (lokasi opt).

Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian dia, kesan-kesan opt tu semakin beransur pulih and mungkin pipi Ainul yang nampak macam bengkak sikit tu boleh baik sendiri tanpa perlu reconstruct.

Dr Juling Ong kata dia happy sangat tengok Ainul pada hari ini. Dia nampak Ainul semakin membesar. Katanya lagi, dia teringat masa ainul sampai di UK dahulu untuk rawatan, ketika itu dia nampak ainul kecil sangat. Sangat kecil. Tapi kuat. 

Hari ni dia tengok mulut Ainul dalam dan luar. Dan konklusinya, dia happy dengan Ainul. Kesan dari opt tu nampak semakin pulih, and Ainul pun sangat aktif.

Oh ya, yang menjadikan dia ni sangat prihatin dekat Ainul sebab anak dia yang bongsu sebaya dengan Ainul. Jadi dia sentiasa terbayang anak dia bila tengok ainul.

InshaAllah bulan 7 ni Health care yang jaga Ainul pulak akan datang melawat sesambil nak holiday di Malaysia.

 

Sumber: Ahmad Safiuddin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)