Siakap Keli
Kredit: Google

NASA Buka Kerja Baru, Tawar Gaji Permulaan Hampir RM200k Setahun

Sebut sahaja NASA, pasti ramai yang terbayangkan stesen angkasa lepas, angkasawan serta saintis yang bekerja di dalamnya. Hanya yang terpilih, golongan ini membuatkan orang ramai terinspirasi untuk memasang cita-cita setinggi bintang.

Baru-baru ini, National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah membuka kekosongan bagi individu yang bercita-cita untuk bekerja dengan mereka, khususnya warga Amerika.

Gaji minimum yang ditawarkan bermula sekitar USD50 ribu (RM208,000) hingga USD197 ribu, iaitu bersamaan kira-kira RM819,000 setahun.

Permohonan bagi pelbagai pekerjaan telah disenaraikan di laman applyonline.nasa.gov antaranya jurutera aeroangkasa, jurutera elektronik, akauntan dan peguam.

Bagi program keangkasawanan pula, NASA menggariskan kriteria yang lebih spesifik dan tersendiri.

Syarat kelayakan bagi program angkasawan

Calon yang terpilih akan melalui latihan angkasawan dan penilaian selama dua tahun di Johnson Space Centre, Texas. Mereka akan melalui ujian survival air ketenteraan sebelum memulakan silibus penerbangan.

Selain itu, calon angkasawan juga bakal mengikuti beberapa latihan lain termasuk mempelajari bahasa Rusia, sistem Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan kemahiran robotik.

Selain program angkasawan, NASA turut membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang lain seperti penyelidikan, perakaunan, pentadbiran, pendidikan dan penulisan.

Sumber: NASA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.