Siakap Keli

“Saya Nampak Noah Ni Dah Makin Matang, ‘Sabar Ye Mama,’ Katanya Begitu” – Titi Kamal

Pemergian Arwah Ashraf untuk selama-lamanya pasti mengejutkan ramai orang, apatah lagi keluarga terdekatnya.

Bunga Citra Lestari dan anaknya, Noah Sinclair tampak sukar untuk menahan air mata mereka daripada membasah pipi apabila mengenangkan bahawa ketua keluarga mereka telah pergi menghadap Pencipta.

Meskipun dia masih lagi kanak-kanak, kematangan Noah boleh dilihat seperti diungkapkan oleh Titi Kamal.

Penyanyi serta isteri kepada arwah Ashraf iaitu Bunga Citra Lestari atau BCL, begitu terkejut dengan pemergian suami tercintanya itu.

Namun demikian, BCL mungkin boleh dikatakan beruntung kerana memiliki cahaya mata seperti Noah Sinclair.

Daripada kenyataan penyanyi Titi Kamal yang menziarahi keluarga mereka di Jakarta selatan, Noah yang baru sahaja berumur 9 tahun cuba untuk menenangkan ibunya itu.

“Saya nampak Noah ni dah makin matang. ‘Sabar ye mama’, katanya begitu,” kata Titi Kamal dengan meniru cara percakapan Noah, Selasa (18/2/2020).

Menurutnya lagi, BCL masih lagi belum mampu menerima kehilangan suami tercintanya itu.

“BCL kata, ‘Ya kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi,” ujar Titi Kamal.

Noah merupakan satu-satunya cahaya mata BCL dan Allahyarham Ashraf Sinclair yang lahir pada 22 September 2010.

BCL dan Ashraf mula mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan rumah tangganya dilaporkan jauh sekali dari khabar angin yang negatif.

Baca: Nak Bercuti Tapi Bajet Takde, Ikut Tips Ni Boleh Dapat Pakej Percutian Percuma

Sumber: Tribun Mataram

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa