Siakap Keli

(Video) Band Buat Persembahan Pakai Kain Kafan, Netizen Kata Macam Pocong ‘Tersiksa’

Menjadi lumrah semula jadi manusia meminati alunan muzik. Muzik dan irama melodi dikatakan dapat mengurangkan tekanan kepada minda. Pemilihan genre muzik dipilih oleh seseorang berdasarkan minat seseorang.

Mood memainkan peranan penting dalam pemilihan muzik. Terdapat pelbagai genre muzik yang menggambarkan peribadi seseorang iaitu pop, balada, rock, blues, jazz, hip-hop dan irama Malaysia.

Baru-baru ini, menerusi sebuah posting di laman Facebook, terdapat sebuah kumpulan Indonesia yang bernama Tahilan dengan memakai kostum seperti kain kafan.

Video berkenaan pantas menjadi viral di media sosial selepas dimuat naik oleh netizen.

Vokalis kumpulan tersebut memakai kostume seperti kain kafan dan berwajah ngeri. Sungguh unik idea yang di ketengahkan. Namun alunan lagunya agak keras.

Ada netizen yang meninggalkan komen diperkongsian tersebut yang melihat persembahan itu seolah-olah pocong yangs sedang tersiksa.

Sumber: Gomo Network

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul