Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni

Aktiviti Sukan Dan Rekreasi Jana Ekonomi Negara RM4 Bilion Pada 2018

Aina

TANJUNG MALIM, 20 Feb — Aktiviti sukan dan rekreasi luar di Malaysia bukan sahaja mengisi masa lapang atau sebagai riadah mengeluarkan peluh, tetapi ia sebenarnya mampu menjana ekonomi negara.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Md Amin Md Taff berkata ini dibuktikan apabila aktiviti rekreasi sama ada di darat, air dan udara menjana ekonomi negara sekurang-kurangnya RM4 bilion pada 2018.

Beliau berkata selain itu, aktiviti tersebut juga dapat dapat mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan RM1.2 bilion bagi pembayaran gaji.

“Jika dahulu, kita melakukan aktiviti rekreasi dan beriadah secara sukarela atau hanya suka-suka namun hari ini telah menjadi bidang pekerjaan serta industri dan menjadi satu daripada katalis pembangunan negara dan trend ini adalah selari di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘2020: Realiti dan Cabaran Rekreasi Luar di Malaysia’ pada Majlis Syarahan Profesor yang turut dihadiri Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini, hari ini.

Md Amin berkata masyarakat daripada pelbagai peringkat umur gemar melakukan aktiviti lasak seperti luncur udara, belon udara panas, aktiviti larian dan kayuhan serta aktiviti sukan air yang mempunyai pelbagai cabaran tersendiri.

“Di samping itu, bidang rekreasi juga menjadi satu kerjaya untuk menjana pendapatan seperti pemandu pelancong alam semula jadi serta jurulatih rekreasi. Industri 4.0 juga telah banyak membantu industri rekreasi yang ramai menjalankan perniagaan dalam talian menjual pelbagai barangan berkaitan rekreasi.

“Oleh itu, aktiviti rekreasi luar adalah industri yang sedang berkembang pesat di Malaysia kerana ia mendorong ke arah kesejahteraan hidup dan pihak akademia, industri, agensi dan kerajaan harus membina satu ukhuwah, pakatan kerjasama yang erat agar bidang rekreasi ini dapat kita cemerlangkan di negara ini,” katanya.

Majlis Syarahan Profesor memberikan penghormatan kepada profesor universiti untuk menyampaikan syarahan kepada warga fakulti dan tetamu-tetamu universiti mengenai penyelidikan dan hasil kerja dalam bidang kepakaran individu berkenaan.

Kandungan syarahan umum pelantikan profesor adalah melibatkan perkongsian pemikiran dan wacana ilmu dalam mengetengahkan isu terhadap senario tertentu, pembentangan kajian dan mengilhamkan idea serta praktis untuk kepentingan umum berdasarkan kewibawaan kepakaran.

UPSI melaksanakan program ini untuk menyerlahkan dan memartabatkan karya ilmiah yang dihasilkan oleh para penyelidik fakulti serta mengaplikasikan kepakaran hasil kerja tersebut terhadap sumbangan kepada masyarakat.

Sumber : BERNAMA