Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Berang Selepas Bertengkar, Wanita Buat Laporan Palsu Covid-19 Terhadap Kekasihnya

Seorang wanita di China berbohong kepada pihak polis dengan membuat laporan palsu dan mengatakan bahawa kekasihnya dijangkitiĀ  koronavirus. Dia melakukannya kerana teman lelakinya tidak mahu untuk memohon maaf kepadanya selepas mereka bertengkar.

Wanita 39 tahun itu memberitahu anggota polis bahawa teman lelakinya batuk dan demam.

Dia memanggil polis sebanyak 16 kali dan bertindak seolah-olah keadaan kekasihnya memerlukan bantuan segera.

Menurut Daily Mail, kes itu dimuatnaik melalui media sosial pejabat polis Wuqing, sebuah daerah tempatan di China.

Polis Daerah Wuqing, Tianjin, China kemudian menghantar satu pasukan dan segera menuju ke tempat kejadian iaitu di kediaman teman lelakinya.

Gambar: Daily Mail

Pun begitu, selepas polis datang dan melakukan pemeriksaan, lelaki itu tidak menunjukkan apa-apa gejala berkaitan koronavirus. Polis yang datang dengan pasukan perubatan juga kemudiannya menyatakan bahawa lelaki itu sihat.

Mengetahui bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan wanita itu, polis terus menghampiri beliau. Mereka juga mendesak wanita itu untuk mendedahkan sebab sebenar mengapa dia membuat laporan palsu kepada polis.

Dia akhirnya mengaku berbohong dan ingin membalas dendam terhadap teman lelakinya yang tidak mahu meminta maaf kepadanya.

Sumber: Tribun news

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa