Siakap Keli
Gambar via Instagram

“Terasa Satu Magikal Yang Kuat,” Fad Dan Achey Suarakan ‘Kerinduan’ Dalam Lagu Untuk Arwah Abam

Pemergian arwah Abam sehingga kini nampaknya masih lagi dirasai oleh rakan artis dan juga rata-rata rakyat Malaysia. Ramai yang mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa rindu mereka terhadap arwah Abam melalui media sosial masing-masing.

Antara yang paling terkesan terhadap pemergian itu adalah dua rakan baik arwah iaitu Fad dan Achey. Menerusi perkongsian terbaru Achey di laman Instagram miliknya, satu rakaman nyanyian ditujukan khas untuk arwah Abam.

Bismillah..Lagu untuk arwah…hasilnya ada juga untuk arwah

Nyanyian merdu daripada Fad dan Achey itu nampaknya telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada para peminat di ruangan komen.

Dalam rakaman nyanyian tersebut itu juga, Ippo Hafiz yang memetik gitar juga dikatakan terlibat dalam penghasilan lagu tersebut.

Walau bagaimanapun, Achey mengatakan bahawa lagu tersebut masih belum mempunyai tajuk.

Terasa satu magikal yang kuat

View this post on Instagram

Alhamdulillah, Berkat Doa peminat Bocey, Mahukan hasil gabungan dari kami bertiga, Ianya terhasil, Terasa satu magikal yang kuat. Saya bersyukur pada Allah kerna memberikan Ilham ini untuk perkongsian bersama, Buat peminat Bocey ❤️ Terima kasih kerna korang tidak putus mendoakan yang baik baik buat urusan kami dan buat Arwah Abam. Terima lah hasil merdunya suara @fadbocey & @acheykintangkintung . Buat Arwah Abam, AL FATIHAH🙏🌹 Berikan cadangan Tajuk lagu yang sesuai dibawah👇🏼. Semoga bermanfaat🙏 Posted @withregram • @acheykintangkintung Bismillah…. lagu untuk arwah… hasilnya ada juga untuk arwah… in shaa Allah… cuma lagu ini belum ada tajuknya… 🧐.. .. .. @ippohafiz @fadbocey #bocey #kitabaikramaisayang

A post shared by IPPO HAFIZ (@ippohafiz) on

Melalui Instagram Ippo Hafiz, dia bersyukur kepada Allah kerana memberikan ilham tersebut.

Sumber: Achey, Ippo Hafiz

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa