Siakap Keli

Imej Satelit Mengejutkan Dedah Litupan Salji Di Antartika Mencair Hanya Dalam Masa 10 Hari

Imej satelit yang mengejutkan memperlihatkanĀ  20 peratus salji di pulau Antartika mencair hanya dalam tempoh 10 hari.

Gambaran ‘topi’ ais di Pulau Eagle dirakam oleh ‘Operational Land Imager’ pada satelit Landsat 8 pada 4 dan 13 FebruariĀ  2020 yang menunjukkan kolam yang mencair muncul.

Angka ini menunjukkan rekod terpanas untuk Antartika adalah sekitar suhu yang sama seperti di Los Angeles, California, pada hari yang sama.

Gambar: Daily Mail

“Saya belum pernah melihat kolam mencair dengan pantas di Antartika.

“Anda melihat pencairan seperti ini kebiasaannya akan berlaku di Alaska dan Greenland tetapi tidak di Antartika,” kata glaciologist, Mauri Pelto dari Nicholas College di Massachusetts.

Menurut Professor Pelto, peristiwa pemanasan itu menyebabkan 0.9 kilometer persegi dari salji di Pulau Eagle untuk menjadi tepu dengan ‘meltwater’ iaitu sebuah fenomena yang muncul sebagai tompok biru dalam imej satelit.

Model iklim menunjukkan bahawa Pulau Eagle paling mencair pada 6 Februari apabila suhu memuncak sehingga kehilangan sekitar 1 inci (3cm) dari salji.

Malah, 4 inci (10.6 sentimeter) kepingan salji di pulau ini mencair dalam tempoh dari 6 hingga 11 Februari bersamaan dengan 20 peratus daripada pengumpulan salji bermusim.

Professor Pelto juga menggunakan imej satelit untuk mengenalpasti permukaan lebur yang meluas berlaku di Glacier Boydell yang berhampiran.

Semenanjung Antartika biasanya dilindungi dari jisim hangat oleh angin kencang yang dikenali sebagai barat laut Selatan yang mengelilingi benua.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa