Siakap Keli
Gambar sebagai hiasan: Google

Covid-19 : Satu Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 90 Kes Di Singapura

Singapura: Satu kes baharu jangkitan COVID-19 disahkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH)  Singapura hari ini, dengan menjadikan jumlah 90 kes dilaporkan setakat ini di republik itu.

MOH dalam kenyataan berkata kes terbaru itu membabitkan seorang wanita warga tempatan berusia 75 tahunyang dikaitkan dengan kelompok gereja The Life Church dan Missions Singapore, yang kini mempunyai tujuh kes yang disahkan.

Kementerian itu berkata wanita warga emas itu tidak mempunyai rekod perjalanan ke China dan kini ditempatkan di wad isolasi  di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID).

Wanita itu dilaporkan mengalami simptom pada 9 Feb lalu dan keputusan ujian COVID-19 menunjukkan positif semalam.

Selain kes terbaru itu,  dua lagi pesakit COVID-19 sudah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah 53 pesakit sudah sembuh.

Menurut MOH, sebahagian besar daripada 37 pesakit yang masih dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil atau beransur pulih manakala tujuh dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Setakat tengah hari ini, MOH telah mengesan 2,842 orang, yang berhubungan rapat dengan kes sebelum ini, telah dikuarantin dengan 1,986 daripada mereka telah selesai tempoh kuarantin.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.