Siakap Keli

Mohon Keamanan Dan Kesejahteraan Kepada Allah, Mufti WP Adakan Solat Hajat Malam tadi

Desas-desus pertukaran landskap politik baharu negara dalam masa terdekat telah berlegar sejak beberapa hari ini.

Dakwaan tersebut dikuatkan lagi dengan pertemuan beberapa parti politik dan pembangkang dalam mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya sejak pagi semalam.

Namun, semuanya belum terjawab sehingga ke hari ini sekaligus menimbulkan pertanyaan rakyat yang ternanti-nantikan adakah sejarah perubahan kerajaan baharu bakal tercipta.

Solat hajat untuk keamanan Malaysia

Dalam kemelut yang melanda, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakry telah mengadakan solat hajat semalam untuk mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara ini.

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, solat hajat yang diketuai oleh Mufti itu dilakukan selepas beliau memberikan kuliah di Bangi, Selangor.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai netizen yang turut sama-sama mendoakan agar negara dipelihara dari segala ancaman dan bahaya.

Sumber : drzulkifli.albakri

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)