Siakap Keli

Peguam Ini Cari ‘Ustazah Merangkak’ Nak Tawar Khidmat Nasihat Dan Guaman Percuma

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebuah video seorang ustazah merangkak mengelilingi kelas di hadapan anak-anak murid, menjadi tular di media sosial sejak hari ini.

Video tersebut dipercayai dirakam oleh ibu kepada salah seorang murid yang didenda oleh ustazah itu, sehari sebelum kejadian ini berlaku.

Isu ini telah mendapat perhatian meluas warganet yang menganggap tindakan ibu berkenaan sebagai biadap dan menjatuhkan maruah seorang guru.

Peguam, Nurhidayaty Maidin, telah tampil menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada ustazah berkenaan bagi membela nasibnya.

BERKENAAN VIDEO SEORANG GURU MERANGKAK.

Penting!! TOLONG TAG VIDEO PADA MAK BUDAK YANG REKOD NI

Tolong kenalkan saya dengan ustazah ini. Saya ingin bagi free legal advise dan mungkin servis sebagai peguam seterusnya.

Melampau mak bapak sekarang.  Seorang guru kau jatuhkan maruah begitu sekali. Apa jua alasan , guru ini tidak patut di perlakukan sedemikian. Ada saluran lebih baik.

Ustazah ini bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Tolonglah penasihat undang undang Jabatan ambil berat kes begini dan lindungi guru guru.

PUU Jabatan Agama mana.

Sebelumnya saya sudah upload video tetapi kerana pembaca facebook saya pohon delete mungkin terlampau sensitif , maka saya delete. Tepuk dahi.

Susah hampa ni. Video tu adalah bukti sebenarnya. Harap ada yang save. Sensitif tak bertempat.

Sekali lagi saya pohon tagkan saya atau kenalkan saya kepada ustazah yang telah di minta untuk merangkak oleh seorang ibu.

Bagi saya ini adalah tindakan yang melampau dari ibubapa murid hatta apa jua kesalahan guru tersebut. Ada saluran yang boleh diambil dengan cara betul dan sesuai.

Kepada penasihat undang-undang Jabatan Agama Islam Negeri, pohon ambil berat kes ni.

Ustazah tersebut boleh hubungi saya di:

Nurhidayaty Binti Maidin
Tetuan Nur Maidin & Co,
Peguambela & Peguamcara
03-55411129/03-55450171

Sumber: Nurhidayaty Maidin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)