Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai, khususnya warga emas agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan kesan rawatan atau manfaat kesihatan daripada alat “hydrogen inhaler” atau mesin hidrogen yang belum dibuktikan secara saintifik dan diluluskan pihak berkuasa.
Menerusi satu kenyataan di laman X, KKM berkata pihaknya mengambil maklum mengenai aktiviti penjualan dan promosi alat tersebut serta dakwaan berkaitan.
Penjualan hydrogen inhaler tular
Tegasnya, sebarang peranti perubatan yang dijual atau digunakan di Malaysia mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).
“Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan,” ujarnya.
Jangan Terus Percaya Dakwaan “Ada Kelulusan KKM”, Ikut 8 Tip Dikongsikan KKM Ini Sebelum Anda Beli Ubat Online
“KKM Menyeru Jemaah Tabligh Yang Belum Lakukan Saringan Kesihatan, Segera Berbuat Demikian” – KKM
“Pemergian Allahyarhamah Kehilangan Buat KKM,” Menteri Kesihatan Zahir Simpati Pembantu Tadbir KKM Mangsa Ke-35
Justeru, orang ramai turut dinasihatkan supaya menyemak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian.
Selain itu, KKM mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berumur dan melibatkan tekanan atau rayuan emosi.
“Sebarang aduan mengenai penjualan produk atau peranti tidak berdaftar, atau iklan yang mengelirukan, boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.
“KKM menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar bagi sebarang isu kesihatan,” katanya lagi.
