940 daripada 1,518 kes positif keseluruhan atau bersamaan 62% adalah kes kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling, lapor satu ciapan yang dibuat melalui akaun Twitter rasmi KKM.
Menerusi ciapan tersebut, pihak KKM juga menyeru agar jemaah tabligh yang masih belum melakukan saringan untuk segera berbuat demikian bagi membendung penularan wabak ini.
KKM juga turut menyatakan bahawa kluster perhimpunan tabligh ini juga akan terus disaring walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom.
Sumber: KKM