Siakap Keli

(Video) Kakitangan Menangis Sebak Peluk Wan Azizah, Majlis Perpisahan Penuh Emosi

Pertemuan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama kakitangan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), hari ini berlangsung dengan penuh emosi.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, Dr Wan Azizah datang mengucapkan selamat tinggal kepada kakitangan di kementerian itu susulan pembatalan lantikan jawatannya semalam.

Beliau dilihat bersalam-salaman dan memeluk mereka sehingga ada di antaranya yang tidak dapat menahan emosi sebak kerana berada di bawah kepimpinannya sejak kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menenangkan kakitangannya turut menitiskan air mata.

”Assalamualaikum. Sebelum mengundur diri, saya menyantuni warga pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

”Khidmat dan jasa bakti mereka sepanjang saya menggalas amanah sangat saya hargai,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, membatalkan pelantikan semua menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Sumber: Dr Wan Azizah Wan Ismail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.