Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Majikan Bawa Keluarganya Datang Malaysia, Pembantu Rumah Menangis Peluk Anak Selepas 3 Tahun Tak Jumpa

Majikan Bawa Anak Pembantu Rumah
Kredit: Threads @elysyaannnys
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Majikan Bawa Keluarganya Datang Malaysia, Pembantu Rumah Menangis Peluk Anak Selepas 3 Tahun Tak Jumpa

Tular di media sosial satu video menyentuh hati apabila seorang pembantu rumah dari Indonesia bertemu kembali dengan anaknya selepas tiga tahun tidak balik ke kampung.

Menerusi satu hantaran di Threads, @elysyaannys telah berkongsi momen indah pertemuan antara pembantu rumahnya, Itri dan anaknya.

Pada hantaran itu juga, @elysyaannys mengucapkan terima kasih kepada Itri kerana telah menjaga anak-anaknya dengan baik selama ini.

"Simpan sini untuk kenangan. 3 tahun pembantu rumah saya Itri tak jumpa anaknya. Terima kasih Itri jaga anak-anak saya dengan baik.

"Harini saya ada rezeki lebih, saya bawa anak Itri datang Malaysia. Terima kasih ya Allah," katanya.

Menurut @elysyaannys, Itri pernah menceritkan kepadanya bahawa dia meninggalkan anaknya di Indonesia ketika anaknya berusia 3 tahun.

"Itri bagitahu dulu masa tinggalkan rumah di Indonesia, anak dia masa tu umur 3 tahun. Dia pergi masa anak dia tengah tidur.

"Tak nak anak dia nangis. Sekarang jumpa-jumpa anak dia dah umur 6 tahun," ceritanya.

Sebelum pertemuan itu, @elysyaannys telah memaklumkan kepada Itri terlebih dahulu rancangan untuk membawa suami dan anaknya ke Malaysia.

Majikan Bawa Anak Pembantu Rumah Ke Malaysia Selepas 3 Tahun Terpisah

Mendengar berita itu, Itri kelihatan teruja dan gembira tentang perancangan tersebut.

"Okay macam ni, sebenarnya saya sama tuan sudah lama plan... Setahun lebih, dah lama dah.

"Saya nak bawa anak Itri dan suami Itri datang sini," katanya.

Walaupun sudah mengetahui perancangan tersebut, Itri tetap menitikkan air mata sebaik bertemu dengan anaknya disamping turut memeluk @elysyaannys sebagai tanda terima kasih.

Dalam pada itu, sebaik anak pembantu rumahnya melihat Itri, dia meluru lari dan memeluk ibunya itu.

@elysyaannys turut memaklumkan bahawa dia telah menempah hotel disamping turut memberikan cuti selama seminggu kepada Itri agar dia dapat meluangkan masa dengan keluarganya.

"Saya booking kan hotel. Bagi dia cuti seminggu, spend time dengan anak dia," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang meluahkan rasa sebak kerana Itri terpaksa meninggalkan anaknya demi mencari rezeki di lur negara.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar rezeki @elysyaannys sentiasa melimpah ruah, termasuk pelakon Remy Ishak.

Intipati
  • Itri bertemu semula dengan anaknya selepas tiga tahun tidak pulang ke Indonesia.
  • Majikannya, @elysyaannys, membawa anak dan suami Itri datang ke Malaysia.
  • Itri diberi cuti seminggu dan hotel untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan