Siakap Keli
Kredit: Bernama

(Video) COVID-19: Kerajaan Beri Elaun Khas Bulanan RM 400 Untuk Kakitangan Perubatan Hingga Wabak Berakhir

Kuala Lumpur, 27 Feb – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan elaun kepada petugas kesihatan yang terlibat dalam usaha pengawalan COVID-19.

“Kerajaan akan memberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan dan RM200 kepada imigresen dan kakitangan lain yang terlibat.

“Bantuan elaun khas ini berkuatkuasa Feb 2020 hingga wabak ini berakhir.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sebanyak 150 juta untuk pembelian peralatan ubat dan barangan guna pakai dalam usaha pengawalan COVID-19.

“Kerajaan akan menyediakan peruntukan mencukupi bagi memastikan wabak COVID-19 dapat diuruskan dengan baik dan terkawal,” katanya.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.