Siakap Keli
Kredit: Bernama

(Video) TERKINI: Caruman Minimum KWSP Dikurangkan 4 Peratus Hingga Hujung Tahun Ini

Kuala Lumpur, 25 Feb: Akibat gangguan rantaian dalam pelbagai sektor disebabkan COVID-19, kerajaan mengambil keputusan untuk menyalurkan peruntukan ekonomi secara langsung kepada rakyat.

“Selain industri pelancongan, sektor lain seperti pengeksportan turut terjejas akibat gangguan rantaian bekalan. Banyak kilang dan pelabuhan di China tidak beroperasi akibat COVID-19,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media hari ini.

Susulan itu, bagi merangsang permintaan domestik, kerajaan mengambil keputusan untuk menyalurkan peruntukan secara langsung kepada rakyat antaranya melalui pengurangan caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kadar caruman minimum KWSP dikurangkan sebanyak 4 peratus iaitu dari 11 peratus kepada 7 peratus,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

“Ini bermakna RM10 bilion akan kekal di tangan pencarum berkuatkuasa hingga akhir tahun ini.”

Sumber: Awani

Amira

Love yourself.