Siakap Keli
Kredit: Bernama

SPR Bersedia Laksanakan Pilihan Raya, Kos Sehingga RM 800 Juta

Putrajaya, 28 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kos pilihanraya umum adalah antara RM750 juta hingga RM800 juta.

Menurut Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, mereka bersedia untuk menganjurkan pilihanraya berkenaan dalam tempoh 60 hari jika Parlimen dibubar.

“Dalam hal ini, SPR bersedia melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari berdasarkan Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan sekiranya dibuat sebarang keputusan membubarkan Parlimen ekoran dari perkembangan semasa politik tanah air,” katanya.

Mengulas mengenai kos dianggarkan, SPR menyatakan mereka bakal menyediakan kemudahan kerusi roda serta perkhidmatan shuttle kepada pengundi warga emas dan golongan kelainan upaya (OKU).

Wang itu juga bakal digunakan untuk peruntukan kemudahan lain bagi keselesaan sepanjang berlangsungnya proses pengundian, tulis kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.