Siakap Keli

(Video) Ramai Percaya Dia Gila, Rupanya Sesuatu Terjadi Disebalik Kuasa Halimunan

Korang dah tengok ke trailer THE INVISIBLE MAN? Kalau korang belum tengok lagi, meh sini tengok dulu jalan ceritanya.

https://www.youtube.com/watch?v=2uy8F0J7VmY&feature=youtu.be

Jadi, apa reaksi korang untuk pertama kali tengok filem ini? Menarik bukan?

Paling penting ada unsur seram yang orang lain tak akan rasa kalau tak tengok cerita ni. Kalau korang yang jenis suka menonton filem yang berunsurkan paranormal, inilah filem terbaik untuk korang.

Kisah ini mengisarkan seorang wanita yang kehilangan teman lelakinya yang dianggap sudah mati namun ada sesuatu yang berlaku apabila dia merasai seperti ada orang yang sedang memerhati serta sentiasa mengikutnya. Padahal, teman lelakinya guna kelebihan yang ada untuk kepentingan diri sendiri. Betul ke?

THE INVISIBLE MAN menampilkan Elisabeth Moss, memegang peranan utama sebagai Cecilia Kass serta bintang terkenal Oliver Jackson-Cohen sebagai Adrian Griffim.

Terperangkap dalam hubungan yang penuh dengan kekerasan serta dikawal, Cecilia melarikan diri daripada teman lelakinya Adrian dalam masa yang sama telah meninggal dunia kerana bunuh diri.

Bagaimanapun, Adrian telah meninggalkan sebahagian besar kekayaannya untuk bekas teman wanitanya, Cecilia. Dari situ, ada satu peristiwa yang menakutkan mulai terungkap.

Ye, kalau korang ada kuasa ni, bukan ‘stalk ex’ korang je, korang boleh buat macam-macam. Contohnya;

1. Pergi rumah rakan-rakan untuk tahu dan intip sama ada mereka betul-betul kawan baik atau sebaliknya. Setiap kali diorang kutuk, korang boleh main lampu tanpa disedari oleh mereka.

2. Korang boleh buat kacau rumah ‘boyfriend’ baru ‘ex’ korang. Tarik selimut malam-malam, buat bunyi bising dan paling buat diorang seram adalah korang kena main tutup buka pintu bilik kosong dalam rumah tersebut.

3. Selerakkan rumah ‘ex’ korang sambil tinggalkan nota seram di cermin alat solek.

4. Buat bising di dapur rumah ‘ex’ korang pada waktu malam. Kononnya macam ada seseorang yang tengah masak.

Sudah bersedia menonton filem ini? Mesti dah tak sabar nak tahu apa yang bakal terjadi dengan pasangan ini.

Tunggu apa lagi, jom sama-sama ke panggung wayang berdekatan untuk sama-sama ‘meremang’ semasa menonton.

Filem THE INVISIBLE MAN ini akan muncul pada tayangan awal pada 28 Februari ini  dan di pawagam seluruh dunia pada 5 Mac 2020.  Save the date ya! 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang