Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Plastik antara barangan yang paling dekat dengan kehidupan seharian kita.
Hampir setiap hari kita menggunakan botol, bekas makanan atau pelbagai jenis pembungkusan plastik sebelum sama ada membuangnya atau menyimpannya untuk kegunaan lain.
Namun, dalam kesibukan menggunakan barangan tersebut, jarang kita mengambil perhatian terhadap maklumat kecil yang tertera padanya.
Salah satunya ialah simbol segi tiga bersama nombor 1 hingga 7 yang biasanya terdapat pada bahagian bawah bekas plastik.
Nampak kecil dan mudah terlepas pandang, tetapi setiap nombor itu sebenarnya membawa maksud tersendiri.
Hari ini, SK kongsikan apa yang tersembunyi di sebalik kod 1 hingga 7 tersebut.
Pernah tak tengok nombor 1 hingga 7 di bawah botol atau bekas plastik?
Ramai sangka nombor itu menunjukkan tahap “selamat” atau “bahaya”. Sebenarnya, ia digunakan untuk mengenal pasti jenis resin plastik.
PET / PETE
Biasa pada botol air mineral dan minuman. Kebanyakannya direka untuk kegunaan sekali guna.
HDPE
Digunakan pada botol susu, jus dan sesetengah bekas makanan. Lebih keras dan tahan lasak.
PVC
Boleh ditemui pada sesetengah pembungkus plastik. Kegunaannya untuk makanan bergantung kepada jenis produk dan piawaian pengeluar.
LDPE
Biasa pada beg plastik makanan, plastik pembungkus dan botol yang boleh dipicit.

PP
Sangat biasa pada bekas makanan, bekas takeaway dan yogurt. Lebih tahan haba, tetapi jangan terus anggap semua bekas PP sesuai dimasukkan ke microwave. Cari label “microwave-safe”.
PS
Termasuk polystyrene atau styrofoam. Banyak digunakan pada bekas dan cawan pakai buang.
OTHER
Kategori untuk plastik lain atau campuran beberapa jenis plastik. Sifat dan kegunaannya berbeza-beza.
Yang paling penting, nombor 1 hingga 7 ini bukan “ranking keselamatan”.
Untuk makanan, tengok juga arahan pada bekas: adakah ia food-grade, microwave-safe, dishwasher-safe atau sesuai untuk penggunaan semula.
Jangan hanya tengok nombor. Tengok juga bagaimana plastik itu digunakan.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan