Siakap Keli
Foto: Jerry Ciro Ucci

Jijik, Tinggal Najis Merata Di Lantai, Duduk 6 Bulan Sahaja Tapi Rumah Hancur Dek Penyewa Pengotor

Kisah penyewa tidak menjaga rumah dianggap tidak bertanggungjawab. Pasti sudah banyak yang terjadi di negara kita tentang perkara ini. Bukan itu sahaja, isu ini juga terjadi di setiap negara termasuklah di negara maju, Amerika Syarikat.

Paling menyedihkan apabila tuan rumah terpaksa menanggung kos kerosakkan yang dilakukan oleh orang lain.

Tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook Jerry Ciro Ussi memuat naik tentang kekecewaannya  dengan perangai bekas penyewanya dalam satu kiriman di Facebook.

Orang selalu bertanyakan kenapa perlu kenakan bayaran sewa dan deposit yang tinggi malah pihak pemberi sewa menginginkan maklumat penuh tentang penyewa dianggap tidak relevan. Bukan apa inilah bukti kenapa para tuan rumah memerlukan maklumat tersebut.

Saya telah menyewakan sebuah rumah pangsapuri kepada satu keluarga dengan jangka masa yang pendek iaitu hanya 6 bulan sahaja. Mereka mempunyai disiplin tentang bayaran sewa dan deposit dengan baik sekali sehinggalah satu ‘mimpi buruk’ bermula.

Pada masa mereka keluar daripada rumah tersebut, mereka telah meninggalkan detik hitam iaitu tuan rumah terpaksa menanggung 10K us dollar untuk kerosakan dalam rumah dan 15K us dollar duit sewa yang tak pernah bayar sepanjang 6 bulan menginap di rumah tersebut. 

 

Bukan itu sahaja, mereka telah meninggalkan haiwan peliharaan yang terkunci di dalam bilik tidur. Air kumbahan daripada bilik air bocor dan berbau seluruh rumah. Malah, siling juga mengalami kebocoran yang melampau. 

Setiap bilik ditinggalkan najis manusia bersama-sama najis haiwan peliharaan di lantai. Setiap dinding diconteng oleh kanak-kanak. Bau yang menusuk kalbu membuatkan saya terfikir bagaimana cara untuk membersihkannya. Di lantai rumah tersebut dipenuhi dengan putung rokok yang banyak.

Saya sangat jarang untuk memuat naik kiriman seperti ini. Tetapi hari ini dengan apa yang terjadi kepada saya dan ingin memberitahu kepada orang ramai di mana tuan rumah menyediakan tempat yang bagus untuk orang ramai tinggal. Para penyewa sebelum ini sangat terbaik tetapi bukan yang ini. Mereka sangat menjijikan dan merosakkan barangan orang lain.

 

Sumber: Jerry Ciro Ucci

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)