Siakap Keli

Tak Boleh Berhenti Kunyah, Ini ‘Jajan’ Paling ‘Legend’ Buat Teringat Zaman Dulu-Dulu

Sedar tak sedar umur kita kini sudah mula menjangkau dewasa. Rasa macam cepat je zaman kanak-kanak tu berlalu. Banyak sungguh kenangan pada zaman kanak-kanak kita yang sukar untuk dilupakan.

Daripada permainan sehinggalah kepada snek kegemaran kita yang selalu dimakan ketika waktu kecil dulu. Pasti tak sah zaman kanak-kanak kita jika kita tidak pernah merasa keropok keluaran Snek Ku.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa keropok keluaran Snek Ku seperti Tam Tam dan Mi-Mi yang telah lama berada dipasaran lebih 40 tahun ini pasti mampu untuk menggamit memori anda. Namun begitu, sudahkah anda cuba keropok keluaran Snek Ku yang dikenali sebagai Grain 5?

Jika belum, anda perlu mencubanya dengan segera. Ini kerana ramai orang yang telah merasainya mula menggemarinya kerana rasanya yang sangat enak serta sesuai dimakan oleh semua golongan umur.

Selain daripada rasanya yang agak lazat, kelebihan yang terdapat pada keropok Snek Ku Grain 5 ini adalah ianya diperbuat daripada sumber yang baik seperti jagung, oat, beras, beras merah dan beras perang. Secara tidak langsung, ianya telah menjadikan keropok Grain 5 ini antara keropok yang paling terbaik berbanding keropok lain yang terdapat di pasaran.

Snek Ku Grain 5 ini juga turut didatangkan dengan 4 perisa yang berlainan mengikut citarasa anda. Antara perisa yang dikeluarkan Snek Ku adalah perisa kentang, kacang pea, paprika pedas dan tomato. Apa yang pastinya, kesemua perisa ini memang enak!

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan keropok Snek Ku Grain 5 di kedai berhampiran anda. Layari Facebook rasmi Snek Ku untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Aqmal Ezany

I write what is right