Siakap Keli
Gambar: Bernama

Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat Ini

MELAKA, 4 Mac (Bernama) — Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersetuju agar Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-12 diadakan Jumaat ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Hasim Hasan berkata istiadat itu akan diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini.

“Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka turut bersetuju Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pelantikan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pada Isnin lepas (2 Mac) dilaporkan Mohd Khalil telah mendapat representasi bahawa Ketua Menteri Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka, sehubungan itu Mohd Khalil akan melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri yang baharu dalam masa terdekat.

— BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa