Siakap Keli
Kredit: Kuan Chee Heng

Bayi & Ibu Ditemui Kaku, Maut Bersalin Dirumah Dipercayai Tak Cukup Duit Nak Ke Hospital

Luluh hati seorang suami apabila terpaksa menerima pemergian dua insan tersayang secara serentak.

Menurut perkongsian Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, beliau telah menguruskan jenazah seorang wanita dan bayinya yang meninggal dunia dipercayai kerana bersalin di rumah.

Tambah Uncle, mangsa yang merupakan warga asing dikatakan hanya tinggal di bilik sewa dengan gaji suami yang tidak seberapa.

Mari baca perkongsian beliau.

Hati saya robek.. Melihat jenazah bayi dan mak kaku. Hanya kerana tiada duit untuk bersalin di hospital.

Suami hanya sewa bilik RM250 sebulan. Merantau ke Malaysia, kerja sebagai pengimpal. Gaji tak seberapa, nak bawa isteri bersalin di hospital perlu banyak duit. Akhirnya terkorban bayi dan mak. Mati dalam masa bersalin.

Bayi pun meninggal dunia. Mak dan bayi. Sedekahlah doa-doa yang baik untuk mereka berdua.

Wahai orang seberang, jangan takut, jangan khuatir. Pergi bersalin di hospital. Kami di Malaysia tak busuk hati. Takkan doktor halau kamu berdua dari hospital. Jangan bimbang sangat.

Kami manusia bukan haiwan. Kami ada hati, doktor pun ada hati. Malaysia pun ada hati. Jangan terkorban begini sahaja. Hari ini saya akan uruskan kedua-dua mereka bersama ayah mereka.

Saya akan jumpa ayah nanti. Semoga kamu berdua ditempatkan di syurga. Bersama-sama mereka yang beriman. Kami doakan yang terbaik. Anak dan suamimu kami akan bantu untuk meneruskan perjuangan hidup.

Saya akan bantu, kami akan bantu. Rest in peace.

Hasil carian kami di laman rasmi Kementerian Kesihatan mendapati fi rawatan bersalin bagi warga asing adalah RM200 bagi satu lawatan dengan caj katil RM300 sehari.

Semoga kedua-dua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dipermudahkan urusan buat waris yang ditinggalkan.

Sumber: Kuan Chee Heng

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.