Siakap Keli
Kredit: Google

Saintis Kongsi Macam Mana Cuci Tangan Dengan Sabun Boleh Bunuh Virus Covid-19

Ada antara kita yang mengambil enteng penjagaan kebersihan, malah ada individu yang tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas.

Amalan membasuh tangan merupakan antara perlindungan terawal tubuh badan kita dari virus dan bakteria. Tanpa penjagaan kebersihan yang teliti, seseorang mungkin terdedah kepada jangkitan virus dan bakteria dengan mudah sekali.

Seorang saintis dan profesor di Universiti Johns Hopkins, Karen Fleming baru-baru ini telah berkongsi kepentingan membasuh tangan yang diambil mudah oleh ramai orang. Kicauan beliau mencapai lebih 185 ribu tanda suka dan 67.7 ribu ulang kicau di laman sosial Twitter.

Kenapa semua orang menekankan membasuh tangan? Kedengaran biasa, tetapi sabun benar-benar senjata yang ampuh yang kita semua miliki di rumah.

“Ini kerana koronavirus adalah virus yang terselubung lapisan lipid.

“Secara asasnya, ia (virus) dilindungi lapisan lemak. Membasuh tangan dengan sabun dan air mampu ‘melarutkan’ lapisan lemak dan membunuh virus itu.

Tambahnya, kita perlu menggosok tangan dengan sabun dalam tempoh yang mencukupi, kira-kira bersamaan dengan dua kali nyanyian lagu “Selamat Hari Jadi”.

Sumber: Karen Fleming

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.