SELEBRITI rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Akon ditemui ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah, baru-baru ini.
Kisah penemuan tersebut tular di beberapa media sosial dan mendatangkan keterujaan apabila melihat sosok tubuh penyanyi itu berada di Tanah Suci.
Akon atau nama sebenarnya, Aliaune Thiam menjelaskan bahawa hanya Islam merupakan kunci kepada kejayaan.
Rapper yang terkenal dengan lagu Lonely (2004) itu turut menekankan bahawa semua kejayaannya (selama ini) datang dari Allah dan Islam.
“Rahsia di sebalik kejayaan saya ini adalah dengan beriman kepada Allah yang Maha Kuasa dan dengan mengikuti (syariat) Islam,” katanya.
Akon ditemui di Mekah bersama ahli keluarga dan rakan terdekatnya.
Banyak gambarnya ketika di sana sudah tular di media sosial.
Bagaimanapun, ramai yang tidak ketahui bahawa rapper kelahiran Senegal itu sebenarnya beragama Islam dan lahir pada 16 April 1973 lalu di St. Louis sebagai seorang Muslim.
Berikut adalah antara perkongsian tweet di Twitter oleh beberapa netizen mengenai ‘penemuan’ menakjubkan itu.
Akon is in Makkah. pic.twitter.com/6sOiieoN8b
— Daha Dagal (@DagalDaha) March 3, 2020
I just found this amazing picture of singer Akon performing #Umrah last year in March 2019 around the same time I was in Makkah for Umrah.
Makkah is one place which gives you a very transforming spiritual experience and reminds the nothingness of this life. #life goals 💓 pic.twitter.com/nulLsMZgW4— Wafa Sultana وفاء 🌹 (@SultanaWafa) March 3, 2020
International Singer AKON spotter at Masjid_al_Haram in Makkah 🕋 pic.twitter.com/aQtqLudCqg
— Memes by Zaib (@Zaib_Tweets) March 3, 2020