Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

5 Langkah Cegah Jangkitan Covid-19 Di Tempat Kerja

Penularan kes koronavirus atau Covid-19 di seluruh dunia semakin membimbangkan termasuk Malaysia yang telah mencatatkan 55 kes baharu setakat Jumaat.

Beberapa syarikat atau organisasi juga telah ditutup buat sementara waktu bagi proses pembersihan pejabat secara menyeluruh berikutan beberapa kes jangkitan telah dilaporkan.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) menerusi satu kenyataan di Twitter rasmi KKMPutrajaya, menyarankan orang ramai melakukan langkah pencegahan jangkitan Covid-19 di tempat kerja dengan mengikuti langkah berikut:

1. Pastikan tempat kerja anda bersih dan bebas kuman

Kerap lap permukaan dan alatan dengan bahan disinfektan.

2. Tingkatkan kekerapan dan membasuh tangan dengan betul (20 saat) di kalangan pekerja dan pelanggan

Letakkan ‘hand sanitizer’ di tempat yang mudah dicapai di tempat kerja dan pastikan ia kerap diisi semula.

3. Sediakan topeng muka dan tisu di tempat kerja untuk pekerja yang selesema atau berkahak

Sediakan juga tempat lupus tisu yang sesuai.

4. Menasihati pekerja untuk dapatkan nasihat perjalanan sebelum melakukan tugas yang memerlukan pekerja bertugas di kawasan yang dilanda wabak

5. Beri taklimat kepada pekerja dan pelanggan sekiranya Covid-19 mula berjangkit dalam komuniti sekitar anda dan galakkan kuarantin di rumah sekiranya tidak sihat

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)