Perut, Usus Bayi Koyak Teruk Selepas Tertelan 14 Biji Manik Mainan Magnet Ketika Bermain

Perut seorang bayi berusia 16 bulan terpaksa dibedah selepas koyak teruk akibat tertelan 14 biji manik mainan magnet, dalam kejadian yang berlaku di Huangzhou, China baru-baru ini.

Menurut laporan Mirror UK, insiden mengejutkan tersebut disedari disedari doktor selepas bayi malang tersebut dibawah ke hospital untuk pemeriksaan pada awalnya disangka mengalami sakit perut oleh ibu mangsa.

Doktor pada mulanya menyangka keadaan tidak selesa itu berpunca daripada masalah penghadaman, bagaimanapun keadaan bayi itu tidak berubah selepas menerima rawatan selama dua hari, sebelum mangsa dirujuk ke Hospital Pusat Lishui di mana perutnya kemudian diimbas.

”Kami hanya mengetahui mengenai manik mainan magnet itu selepas perut bayi kami diimbas,” kata ibu mangsa.

Ibunya juga mendakwa bayi mereka mungkin tertelan manik-manik berkenaan ketika bermain dengan kanak-kanak lebih besar.

Doktor kanak-kanak di hospital berkenaan, Zheng Rui berkata, imej manik mainan magnet itu jelas kelihatan di dalam perut bayi tersebut ketika diimbas.

Pembedahan mengambil masa selama 2 jam sebelum manik-manik berkenaan yang merosakkan bahagian perut dan usus bayi itu berjaya dikeluarkan.

”Keadaan bayi ini sebenarnya agak serius kerana menelan sebanyak 14 biji manik mainan magnet.

”Dua biji ditemui di dalam perut, dua lagi di usus besar manakala bakinya di dalam usus kecil.

”Disebabkan manik-manik itu berada terlalu lama di dalam perut mangsa, terdapat kesan koyakkan dan jangkitan dalam usus,” kata Doktor Zheng lagi.

Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan unit rawatan rapi untuk rawatan lanjut.

Sumber: Mirror UK

Denin

Menulis untuk mendidik.

Editor: Fazidi

Tambah komen

Dari Wiser.my