Perjalanan politiknya bermula dengan menyertai Umno cawangan Sungai Mati, Johor pada tahun 1989 sebaik tamat pengajian dan karier beliau dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan bermula pada 1995 apabila dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Bekas Ketua Pemuda dan Naib Presiden UMNO itu kemudian dilantik Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1997, Menteri Belia dan Sukan (1999), Menteri Pelajaran (2004-2009) dan seterusnya Menteri Dalam Negeri pada tahun 2009.
Ahli Parlimen Sembrong itu juga pernah memegang jawatan Menteri Pertahanan, sebelum Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-14.
Hishammuddin bagaimanapun kekal menjadi Ahli Parlimen Sembrong untuk penggal keempat selepas memenangi pilihan raya itu dengan majoriti 6,662 undi.
Hishammuddin yang lahir pada 5 Ogos 1961 di Kuala Lumpur, mendirikan rumah tangga dengan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada 1986 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Farris Hussein, Kyra Arianna dan Fahd Hussein.
Anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga dan cucu kepada Pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar itu mendapat pendidikan awal di Sekolah St John’s Kuala Lumpur, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Cheltenham Boys College di United Kingdom.
Selepas tamat pengajian graduan Undang-undang dari University of Wales, United Kingdom dan London School of Economics, United Kingdom itu memulakan karier pertamanya sebagai peguam.
Berikut merupakan biografi Hishamuddin :
Nama : Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
Isteri : Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah
Tarikh lahir : 05/08/1961
Tempat lahir : Kuala Lumpur
Anak : 1. Nasha Alyssa
2. Faris Hussein
3. Kyra Arianna
4. Fahd Hussein
Pendidikan:
Sekolah Rendah : St John’s Primary School Kuala Lumpur
Sekolah Menengah : Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Perak Darul Ridzuan
Cheltenham Boys College, United Kingdom
Pendidikan Tinggi:
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, University of Wales, United Kingdom (1983)
Ijazah Sarjana Undang-undang Komersial dan Korporat, London School of Economic, United Kingdom
Politik :
Ahli Parlimen Tenggara, Johor (1995)
Ahli Parlimen Sembrong, Johor (2005 hingga kini)
Kerjaya :
- 1989 – Menyertai UMNO cawangan Sungai Mati di Johor
- 1993 – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang
- – Ahli, Exco Pemuda UMNO untuk penggal 1993/1996
- 1995 – Ahli Parlimen Tenggara (GE09)
- – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Johor
- – Ketua Pemuda UMNO bagi penggal 1995/1996
- – Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
- 1996 – Naib Ketua Pemuda UMNO bagi penggal 1996/1998
- – Ketua Majlis Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda UMNO
- 1997 – Timbalan Menteri Perusahaan Utama
- – Pengerusi Biro Penerangan UMNO Johor
- – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemuda Barisan Nasional
- 1998 – Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Johor untuk penggal 1998/2001
- – Pemangku Ketua Pemuda UMNO
- 1999 – Menteri Belia dan Sukan
- – Ahli Parlimen Tenggara (PRU10)
- 2000 – Ketua Pemuda UMNO
- – Pengerusi Jawatankuasa Politik UMNO
- 2001 – Ketua UMNO Bahagian Tenggara bagi penggal 2001/2003
- – Pengerusi Jawatankuasa Politik Pemuda UMNO
- 2004 – Menteri Pendidikan
- – Ahli Parlimen Sembrong (PRU11)
- – Ketua Pemuda UMNO bagi penggal 2004/2007
- 2008 – Menteri Pendidikan
- – Ahli Parlimen Sembrong (PRU12)
- – Kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Sembrong
- 2009 – Menteri Dalam Negeri
- – Naib Presiden UMNO
- – Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Terengganu bagi penggal 2008/2011
- – Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Barisan Nasional (BN) Terengganu
- – Pengerusi Biro Politik UMNO Terengganu
- 2013 – Menteri Pertahanan, Pemangku Menteri Pengangkutan
- – Ahli Parlimen Sembrong (PRU13)
- – Ketua UMNO Bahagian Sembrong untuk penggal 2013/2016
- – Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013/2016
- 2017 – Menteri dengan Tugas-tugas Khas, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- 2018 – Ahli Parlimen Sembrong (PRU14)
Sumber: Bernama