Siakap Keli

Kementerian Pengajian Tinggi Bakal Diwujudkan Semula

Menerusi persidangan media yang berlangsung hari ini oleh Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) bakal diwujudkan semula pada penggal ini.

Menurut Perdana Menteri, KPT akan dapat memberikan fokus kepada sektor pengajian tinggi dengan Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah dan menengah.

Perdana Menteri mengumumkan bahawa Menteri Pengajian Tinggi di sandang oleh Datuk Dr Noraini Ahmad disusuli dengan Timbalan Menteri iaitu YB Dato Dr Mansor bin Othman.

Ikuti siaran langsung untuk keterangan lebih lanjut.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)