Berhubung dengan isu kes pertama Covid-19 di Brunei yang pesakitnya baru pulang dari Malaysia selepas menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, anggaran awal jumlah peserta majlis tersebut seramai 10,000 orang melibatkan banyak negara dan 5,000 adalah peserta dari Malaysia.
KKM menasihatkan peserta majlis tabligh itu yang mengalami gejala diminta menghubungi Jabatan Kesihatan negeri masing-masing dan kepada peserta yang tidak mengalami apa-apa gejala untuk jarakkan kontak dengan orang lain sekurang-kurangnya 1 meter selama 14 minggu.
KKM menyeru peserta majlis tabligh tersebut memberi kerjasama kepada KKM untuk mengelakkan Covid-19 merebak di negara ini.
Kes ke-78 telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 11 March 2020
Sumber: KKM