Siakap Keli
Kredit: Google

Langgar Lubang Tengah Jalan, Penunggang Motosikal Berjaya Buat Tuntutan RM 11 Juta

Gara-gara terlanggar lopak, seorang lelaki di Amerika Syarikat telah menerima pampasan bernilai bernilai USD$2.65 juta (RM11.2 juta) kerana kecederaan dialaminya.

Menurut Daily Voice, Roger Gates, 67 telah mengalami kecederaan serius akibat terlanggar beberapa lopak sebelum bergesel dengan sebuah van pada April 2016.

Akibatnya, Roger patah beberapa rusuk, tulang belakang, belikat dan pergelangan tangan; kegagalan paru-paru; koyak ligamen leher serta kerosakan saraf pundi kencing dan usus.

Oleh itu, dia tidak dapat bekerja dan masih menerima rawatan biarpun setelah 4 tahun kemalangan terjadi.

Roger juga terpaksa menjalani beberapa pembedahan di tiga buah hospital berbeza akibat tragedi berkenaan.

Lantaran itu, juri mahkamah melayakkannya menerima pampasan bernilai kira-kira RM11 juta serta bayaran balik kos perubatan bernilai kira-kira RM 3.2 juta kepada mangsa.

Ketika kejadian, Roger yang menaiki motosikal Victory 2005 gagal mengawal kenderaannya sebelum menghentam sisi hadapan van 1999 Plymouth Grand Voyager milik Mary Vanderstad, 56.

Kata Mary, motosikal Roger dikatakan melayang pada satu selekoh sebelum menghentam van dinaikinya. Walaubagaimanapun, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan, lapor portal berkenaan.

Sumber: Daily Voice

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.