Siakap Keli

Ahmad Maslan Ganti Annuar Musa Sebagai Setiausaha Agung UMNO

KUALA LUMPUR, 12 Mac – UMNO hari ini mengumumkan penstrukturan semula parti itu dengan melantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung yang baharu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu kenyataan, berkata Ahli Parlimen Pontian itu dilantik bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang kini dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan pula dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu bagi menggantikan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Sementara Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Mohd Rais Mohd Yasin dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang baharu.

“Ini diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO hari ini,” katanya.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang