Siakap Keli
Gambar: Bernama

Penularan Covid-19 Di Malaysia Masih Terkawal – Menteri Kesihatan

Penularan jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia masih lagi terkawal, tegas Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi satu Tweet yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasmi KKM.

Menurut Tweet tersebut, walaupun pertambahan kes Covid-19 dilaporkan berlaku, negara Malaysia masih lagi di peringkat early containment.

Dalam Tweet yang lain pula, KKM telah menyatakan bahawa pihaknya sudah bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan wabak ini menjadi lebih serius.

Sebanyak 56 hospital di seluruh negara telah bersiap sedia untuk menerima dan merawat pesakit yang dijangkiti dengan Covid-19.

Antara hospital yang boleh memuatkan seramai 772 pesakit dalam satu satu masa itu adalah Hospital Sungai Buloh.

 

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right