Siakap Keli

(Video)“Dah Tahu Macam Mana Dia Lompat” Gelagat Kucing Bertenggek Atas Kipas Bikin ‘Geram’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan sahaja menjadi haiwan peliharaan, kucing juga boleh menjadi terapi kepada sesiapa sahaja yang melihat mereka. Keletah mereka yang terkadang nakal dan comel sentiasa mampu menambat hati.

Bagi pencinta kucing, melengkapkan segala keperluan dan kemudahan bagi kucing kesayangan adalah sangat penting walaupun terkadang nilainya boleh mencecah sehingga ratusan dan ribuan ringgit.

Pun begitu, disebabkan kucing mempunyai ragam yang tersendiri, mereka kadang-kadang  dilihat ‘tidak menghargai’ kemudahan yang telah disediakan kepada mereka namun tetap comel dan melembutkan hati.

Keadaan ini berlaku kepada Fazlinazhran yang telah membeli cat tree untuk kucing- kucing kesayangannya namun tidak diguna sama sekali oleh kucing tersebut. Tambah ‘geram’, dua ekor kucingnya hanya menggunakan cat tree tersebut untuk melompat dan duduk di atas kipas.

Baru tinggal sekejap sebab nak basuh pinggan tiba-tiba dah ada atas kipas.

Elok-elok jadi kucing, nak jadi habuk

Dah tahu macam mana dia lompat

Bukan itu sahaja gelagat kucing comel ini, namun terdapat banyak lagi yang boleh dilihat menerusi perkongsian oleh Fazlina di laman Instagram mewforfun.

 

Kucing sememangya haiwan peliharaan manja sering menjadi ‘teman mesra’ bagi pemiliknya meluangkan masa serta berhibur. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kucing kesayangan mereka.

Sumber: Fazlinazhran

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa