Siakap Keli

Gadis Tak Sangka Rezeki Terpijak, Raih RM4000 Seminggu Lepas Dengar Nasihat Ibu ‘Berkerusi Roda’

Sememangnya kejayaan seseorang itu pastinya terdapat dorongan sama ada daripada diri sendiri ataupun orang lain seperti keluarga terdekat dan rakan-rakan. Kejayaan yang diraih sudah pasti dapat mengembirakan diri sendiri dan orang-orang terdekat serta bangga dengan sesuatu pencapaian yang baik. Nasihat yang diberikan oleh ibu bapa juga sangat penting bagi seseorang anak dalam usahanya.

Seperti seorang gadis yang berusia 29 tahun ini, dia sendiri tidak menyangka bahawa nasihat ibunya telah membuatkannya meraih kejayaan. Malah, kejayaan tersebut tidak pernah disangka-sangka dan difikirkan sehingga dapat menikmati keselesaan pada hari ini. Seperti yang dikatakan sebelum ini, nasihat yang dilontarkan oleh ibu bapa seiring dengan pengetahuan mereka mengenai perkara yang terbaik untuk anak mereka.

Menurut Laila menerusi perkongsian video di halaman Youtube, dia memulakan langkah mencapai kejayaannya bermula daripada ‘suruhan’ daripada ibunya. Tambahnya lagi, ibu Laila bersungguh-sungguh mahukan Laila untuk menyertai satu seminar yang tidak disangka boleh mengubah hidupnya. Laila juga menjelaskan bahawa ibunya yang juga pernah menyertai seminar tersebut dianggap ‘special’ kerana dia seorang sahaja berkerusi roda.

Seminar yang dimaksudkan oleh Laila adalah yang dianjurkan oleh Vega Hermosa yang menawarkan pembelajaran mengenai pelaburan saham yang sangat berkesan. Dato Dr. Nazri Khan yang sememangnya terkenal dalam bidang ini merupakan individu terpenting bagi berkongsikan ilmu saham kepada semua peserta.

Seperti yang diceritakan oleh Laila, pada awalnya dia tidak berminat untuk menyertai seminar tersebut. Malah, dia juga kurang yakin dengan kebolehan DDNK dalam menyampaikan ilmu saham dengan baik. Ye ye je mamat ni. Pun begitu, sangkaannya ternyata tidak tepat apabila dia mendapat input yang sangat bermakna daripada Seminar Menang Saham yang dianjurkan itu.

Apa tidaknya, selepas pulang daripada Seminar Menang Saham itu, Laila terus memulakan langkah awalnya untuk bergiat aktif dalam arena ini. Kejayaan itu menjadi lebih menarik apabila Laila sering memperolehi keuntungan yang banyak dalam tempoh yang singkat. Malah, dia turut menikmati keuntungan sehingga RM4,000 hanya dalam tempoh seminggu.

Seminar Menang Saham yang dianjurkan oleh Vega Hermosa menampilkan Dato Dr. Nazri Khan sebagai individu yang bertanggungjawab memastikan kesemua peserta mendapatkan input yang berkesan dalam bidang pelaburan saham. Kelayakan beliau tidak perlu disangkal lagi kerana dikenali di seluruh Malaysia malah turut diluar negara sebagai seorang yang pakar dalam arena ini. 

https://www.youtube.com/watch?v=P_9XnROvadA&feature=youtu.be

Berbekalkan pengalaman sekurang-kurangnya 23 tahun, DDNK telah banyak memberikan ‘teaching’ dan ‘mentoring’ sehingga dapat mewujudkan ‘students’ yang memperolehi keuntungan yang banyak. Kini, DDNK menyandang jawatan Pengurus Wang Bertauliah Inter-Pasific Asset Management Sdn. Bhd. (IPAM) yang dilantik sendiri oleh Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan iaitu antara 10 individu terkaya di Malaysia. DDNK juga merupakan pengurus wang bertauliah yang berlesen di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam pasaran saham global.

Seminar Menang Saham yang dikendalikan oleh DDNK bukan sekadar seminar biasa, malah ianya menjadi tempat rujukan bagi para trader untuk mendapatkan info-info terbaru. ‘Result’ daripada setiap seminar terbukti membuahkan hasil apabila setiap pengajuran seminar sentiasa penuh dan ‘full house’. Sememangnya tidak perlu dinafikan lagi dengan kepakaran DDNK apabila beliau bukan sahaja dirujuk oleh pelabur-pelabur tempatan, malah turut melibatkan pelabur dari luar negara. 

Dengan cara penyampaian yang bersahaja, DDNK berjaya menarik minat ramai pelabur-pelabur yang bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu. Seperti Laila, dia tidak pernah menyesal menyertai seminar DDNK apabila ianya telah menjadi titik permulaannya yang telah berjaya hingga sekarang. Dah dapat tengok Laila berjaya, tak kan kita semua nak tengok saja kan ?

Seminar Menang Saham kerap kali dianjurkan bagi memenuhi keperluan para pelabur untuk menuntut ilmu. Bagi pihak yang berminat untuk menambah ilmu atau memulakan langkah pertama, seminar seperti ini sangat digalakkan. Pun begitu, anda tidak perlu risau kerana Seminar Menang Saham akan dianjurkan pada 21 Mac yang akan datang. Peluang sudah terhidang tak kan nak biarkan saja ? Layari pautan Daftar Menang Saham ini untuk mendapatkan tiket bagi memulakan kejayaan anda.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai saham dan juga DDNK, anda boleh layari Facebook dan laman web Menang Saham.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa