Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Jalani Kuarantin Di Madeira, Ronaldo Sempat Titip Pesan Kepada Masyarakat Dunia

COVID-19 menjadi pandemik yang semakin membimbangkan dengan angka kematian telah menjangkau 5, 421 orang di seluruh dunia.

Beberapa figura terkenal seperti selebriti dan pemain bola sepak juga telah disahkan positif COVID-19 termasuk pemain pertahanan Juventus, Daniele Rugani.

Seluruh skuad Juventus pada ketika ini sedang berada dalam tempoh kuarantin termasuk bintang utama kelab itu, Cristiano Ronaldo yang pulang ke kampung halamannya, Madeira bagi menjalani kuarantin di sana.

Sedar dengan keadaan yang semakin teruk pada ketika ini, Ronaldo menerusi laman Twitter miliknya menitipkan pesan kepada masyarakat dunia berkaitan dengan COVID-19.

Dunia sekarang sedang menghadapi saat yang sangat sukar yang memerlukan sepenuh penjagaan dan perhatian dari kita semua 

Saya bercakap kepada anda semua pada hari ini bukan sebagai pemain bola sepak tetapi sebagai anak, ayah dan manusia yang  prihatin terhadap perkembangan semasa yang menjejaskan seluruh dunia.

Ronaldo juga menasihatkan seluruh dunia agar mengikuti nasihat yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan menyatakan solidariti kepada mangsa yang sedang berjuang melawan virus tersebut.

Adalah sangat penting untuk kita semua mengikuti nasihat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan-badan pentadbir tentang bagaimana untuk mengendalikan keadaan semasa.

Melindungi nyawa manusia perlu diutamakan dari apa-apa pun keadaan yang lain.

Saya ingin menyatakan ingatan saya kepada semua orang yang telah kehilangan orang tersayang, solidariti saya kepada mereka yang berjuang melawan virus tersebut seperti rakan pasukan saya, Daniele Rugani dan sokongan berterusan kepada petugas kesihatan yang sanggup merisikokan nyawa mereka untuk membantu orang lain

Sumber: Cristiano Ronaldo

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa