Siakap Keli

Jenazah Pesakit COVID-19 Beragama Islam Diurus Ikut Cara Jenazah Pesakit EBOLA Diuruskan- Menteri Agama

SETIAP jenazah bagi kematian akibat COVID-19 yang beragama Islam, jika ada kematian, akan diuruskan sama seperti pengurusan jenazah bagi pesakit Ebola Virus Disease (EVD).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, ia diputuskan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 yang bersidang pada 10 -11 Februari 2-15 lalu mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola.

Menurutnya, kelonggaran akan diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut.

“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut,” jelas kenyataan tersebut.

Gambar: Facebook

Sumber: Facebook, Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'