Siakap Keli
Gambar: Heise

Bekalan Air Di Wilayah Kuala Selangor Pulih Sepenuhnya, Wilayah Klang Dijangka Pulih 6 Petang

Setelah dihentitugas pada pukul 7 malam tadi,  Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada pukul 10.30 malam. Keadaan tersebut memperlihatkan bekalan air di Wilayah Kuala Selangor telah dipulihkan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Air Selangor di laman Facebook, sehingga jam 7.00 pagi hari ini, bekalan air di Wilayah Kuala Selangor telah mencapai 100% pemulihan. Air Selangor sedang berusaha menstabilkan bekalan air ke kawasan yang terjejas di Wilayah Klang dan pemulihan sepenuhnya bekalan air dijangka pada jam 6.00 petang, hari ini.

“Air Selangor juga telah menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang masih terjejas. Bagi pengguna yang sudah mula menerima bekalan air, dimohon menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan ke kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

“Air Selangor akan terus menyalurkan status terkini kepada para pelanggan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www. airselangor.com.

“Para pengguna juga digalakkan muat turun aplikasi telefon pintar ‘Air Selangor ‘ di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air,” jelas kenyataan Air Selangor.

Gambar: Air Selangor

 

Sumber: Air Selangor

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa