Siakap Keli

Salah Seorang Lelaki Yang Maut Akibat Covid-19 Masih Muda & Tiada Masalah Kesihatan

Dua kematian COVID-19 pertama negara dilaporkan semalam di mana mangsa yang maut merupakan kes ke-178 dan kes  ke-358.

Difahamkan, kes-178 merupakan lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Manakala kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan berusia 60 berusia mempunyai sejarah kronik.

Oleh itu, Public Health Malaysia dalam satu hantaran di Facebook meminta semua netizen untuk mematuhi Perintah Larangan Pergerakan kerana virus ini mampu membunuh tanpa mengira sesiapa pun.

Berita yang sangat menyedihkan 😢Kes #178 adalah seorang lelaki muda yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan….

Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, 17 March 2020

Sumber: Public Health Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.