Siakap Keli
Gambar: South China Morning Post

China Laporkan Tiada Kes Covid-19 Domestik Buat Pertama Kali

Tanah Besar China telah melaporkan sifar jangkitan Covid-19 dalam negeri buat pertama kali sejak wabak itu bermula.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional berkata ia juga merupakan kali pertama di wilayah Hubei di mana jangkitan pertama kali muncul dan tidak merekodkan sebarang kes baru sama ada di dalam negeri atau dari luar negara. Di seluruh negara, terdapat 34 jangkitan baru semuanya dari luar negara.

Jumlah kematian baru turun kepada angka tunggal dengan hanya lapan dilaporkan menjadikan jumlah kematian kepada 3,245. Suruhanjaya itu berkata 23 kes baru yang disyaki telah dilaporkan dengan jumlah jangkitan kini berada di 80,928. Sejumlah 70, 420 pesakit telah pulih.

Suruhanjaya itu telah mengeluarkan angka jangkitan harian di Hubei sejak 10 Januari dan data negara sejak 20 Januari.

Di tempat lain, jangkitan pandemik ini terus meningkat. Itali melaporkan 3,526 kes baru semalaman, Jerman 4,070 dan Sepanyol 4,719. AS juga melaporkan 1,875 kes baru.

Sumber: South China Morning Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa