Siakap Keli
Gambar: Jenazah pesakit Covid-19 di Tambun, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat - Antara

Covid-19: Indonesia Catat 19 Kematian Setakat Ini, Paling Tinggi Di Asia Tenggara

Indonesia kini merekodkan kematian tertinggi di Asean dengan 19 kematian diikuti Filipina 14 kematian dan Malaysia dua kematian.

Perkara itu disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menerusi statistik terbaharu Covid-19 di seluruh dunia setakat Khamis (19 Mac 2020).

Pada masa sama, Itali mencatatkan jumlah kematian tertinggi di peringkat global selepas China dengan 2,978 kes kematian dengan 35,713 kes positif jangkitan dilaporkan setakat hari ini.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.