Siakap Keli
Gambar: BBC

Covid-19: Angka Kematian Di Itali Lepasi China, Catat 3,405 Jumlah Korban

Itali kini mencatatkan angka kematian akibat virus Covid-19 paling tinggi di dunia dengan purata kematian dalam sehari sebanyak 427 orang.

Jumlah kematian yang dicatatkan di Itali kini telah mencecah 3,405 yang mana lebih tinggi berbanding China.

China jatuh di kedudukan kedua selepas mencatatkan 3,245 jumlah kematian kesemuanya.

Perintah berkurung yang dilaksanakan di Itali pada 12 Mac kini telah dilanjutkan melebihi tarikh yang ditetapkan iaitu pada 25 Mac. Semua rakyat di Itali kini sedang diperintahkan untuk kekal berada di rumah.

Walaupun langkah-langkah mengawal penularan wabak ini telah dilakukan, bilangan kes baru dan angka kematian terus meningkat.

Sehingga kini, terdapat 220,000 kes positif Covid-19 di catatkan di seluruh dunia dengan jumlah kematian yang dilaporkan adalah sebanyak lebih daripada 9,000 orang.

Dalam pada itu, China pada Rabu buat pertama kalinya mengesahkan bahawa tiada pertambahan kes baharu sejak wabak tersebut mula tercetus di salah satu bandar dalam negaranya.

Namun begitu, terdapat 34 kes baharu yang dicatatkan dalam kalangan rakyatnya yang baru pulang dari luar negara.

Walaupun angka kematian di Itali merupakan yang paling terburuk dicatatkan di seluruh dunia, jumlah kes positif tertinggi masih lagi dipegang oleh China dengan lebih 81,000 kes positif masih dirawat di China.

Sumber: BBC

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa