Siakap Keli

Harga Maksimum Borong & Runcit Topeng Muka Berkuatkuasa Hari Ini – KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan mengumumkan harga maksimum bagi pembelian borong dan runcit topeng muka berkuatkuasa 20 Mac ini.

Menurut KPDNHEP, harga siling ini ditetapkan sedemikian berikutan bekalan mentah dalam pembuatan topeng muka diimport sepenuhnya dari luar.

Kos operasi pengeluaran meningkat dan sudah berada di tahap yang maksimum ditambah pula dengan tekanan permintaan yang amat luar biasa di serata negara.

HARGA MAKSIMUM BORONG DAN RUNCIT TOPENG MUKA (BERKUATKUASA 20 MAC 2020)

“Harga siling baharu ini , satu keputusan yang cuba mengimbangi situasi semasa dalam cabaran covid-19. Adalah diharapkan juga, peniaga digalakkan menjual bawah daripada harga siling tersebut bagi menjalankan tanggungjawab sosial secara bersama dalam hadapi wabak covid-19”

Kenapa harga siling sedemikian?

Jawapannya :

Keadaan sebenar yang berlaku adalah disebabkan bekalan mentah (pembuatan topeng muka) sepenuhnya diimport dari luar. Tambahan pula, harga bahan mentah ini semakin meningkat dan menekan operasi pengeluaran topeng muka dalam negara.

Kos operasi pengeluaran yang meningkat sudah berada di tahap yang maksimum ditambah pula dengan tekanan permintaan yang amat luar biasa di serata Negara.

Sebab itulah, harga siling tersebut ditetapkan sedemikian, agar membolehkan operasi pengeluaran bekalan topeng muka boleh beroperasi sejajar dengan kos operasi yang ditanggung oleh industri, dan bekalan topeng muka boleh stabil di pasaran.

Pada masa yang sama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport ) 2020 yang telah dikuatkuasa bermula 20 Mac 2020 diharapkan boleh mengimbangi bekalan dalam Negara kita.

Syarikat pengilang/ pengeluar tidak boleh mengeksport bekalan topeng muka ke luar TANPA MENDAPAT KELULUSAN KERAJAAN dahulu. Perintah Larangan Eksport ini, berpotensi menstabilkan bekalan topeng muka dalam Negara.

Kerjasama semua pihak amat penting.

Sumber: KPDNHEP-Laman Rasmi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.