Siakap Keli
Gambar: Ebit Lew

Ebit Lew Sewa ‘Portable Shower’ Buat Petugas Kesihatan Mandi Sebelum Pulang Ke Rumah

Umum telah mengetahui bahawa virus Covid-19 yang sedang melanda dunia kini sememangnya adalah virus yang membawa maut. Petugas-petugas kesihatan barisan hadapan negara yang kini sedang memerangi wabak ini terpaksa melupakan soal lapar, penat dan dahaga demi kesejahteraan bangsa dan negara.

Banyak pihak turut menyumbang pelbagai jenis bantuan terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak penyakit ini.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pendakwah bebas Ebit Lew menerusi akaun Facebook miliknya, dia terpanggil untuk menyumbangkan beberapa barangan kepada hospital-hospital yang menempatkan pesakit Covid-19.

Dalam pada itu, dia juga turut berasa kasihan dan sedih sebaik melihat petugas-petugas ini ketika dia ingin menghantar barangan tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Sepanjang malam semalam fikir nak cari shower portable atas permintaan hospital. Cari-cari. Last-last saya dapat sewa dari sebuah syarikat, rasa amat bersyukur dapat sewa 2 Shower Portable ke Hospital Putrajaya.

Kasihan kawan-kawan petugas di hospital nak mandi sebelum balik rumah setelah bekerja ada sampai 16jam. Kasihan mereka. Kadang risau musim covid 19 ni. Nak menangis tengok mereka semua dah terlalu penat. Benar-benar terlalu penat.

Ya Allah bantulah mereka semua ya Allah. Berilah semangat dan kekuatan dalam jiwa mereka dalam jihad ini. Sembuhkan semua pesakit. Jagakanlah keluarga petugas dan keluarga pesakit. Selamatkan kami semua seluruh dunia-ebitlew.

Gambar: Ebit Lew

Orang ramai yang ingin menyumbangkan bantuan juga boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew seperti berikut:

PertubuhanKasihUmatMalaysia
CIMB 8603546376

Sumber: Ebit Lew

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa