Siakap Keli

PM Pimpin Bacaan Doa Dengan Suara Sebak, Mohon Perlindungan Dari Allah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas COVID-19 sebentar tadi, telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April depan.

Ini berikutan kes jangkitan wabak Covid-19 dilihat semakin meningkat kepada 1,796 kes  dan meragut 17 nyawa setakat hari ini Rabu (25 Mac 2020).

Menerusi pengumuman tersebut, beberapa inisiatif bagi membantu rakyat telah dilakukan oleh kerajaan antaranya penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat.

Malah, bagi memberi manfaat kepada semua, pakej ransangan ekonomi akan diumumkan pada Jumaat ini supaya semua rakyat tidak terkecuali walaupun mereka yang bekerja sendiri.

Dalam doa yang diselit di penghujung perutusan, beliau kedengaran menahan sebak meminta supaya negara dapat dilindungi daripada wabak Covid-19.

Malah, dalam doa yang dipohon beliau turut meminta supaya seluruh rakyat diberikan kekuatan dan kecekalan bagi mengharungi tempoh kritikal ketika ini.

Sumber: KKM, RTM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.